STAYCATION DI FARMSTAY RELAU MESTI TERINGAT

Farmstay Relau di Bandar Baharu, Kedah, menawarkan penginapan dengan harga bermula dari RM220 hingga RM350, merangkumi Chalet Tradisional Melayu dan Cottage moden.

Fasiliti yang disediakan termasuk sewaan basikal, ATV, kolam renang (boleh mandi sehingga 10 malam), kafeteria hingga jam 8 malam, tempat letak kereta, sewaan BBQ, Mini Zoo Rusa, dan kolam ikan.

Farmstay Relau (Facebook)

Setiap bilik dilengkapi dengan kelengkapan seperti penghawa dingin, kipas, TV, katil single atau queen size (bergantung pada jenis bilik yang dipilih), Al Quran dan Yasin, seterika, ketel, telefon, set bancuhan kopi, teh, gula, dan peralatan mandian.

Sarapan disediakan secara percuma untuk 2 orang (4 orang jika bilik besar), dengan pilihan untuk menambah bayaran jika diperlukan. Kafe di tempat ini menawarkan hidangan yang sedap dan berpatutan, tetapi beroperasi hingga jam 8 malam. Alternatif lain adalah makan di kawasan Kampung berdekatan seperti Jawi, Sungai Duri, Nibong Tebal, dan Bandar Bharu.

Farmstay Relau (Facebook)

Dengan konsep Agro Farm, Farmstay Relau dikelilingi oleh kebun durian dan bukit yang indah. Chalet mengekalkan konsep Melayu Asli manakala Cottage mempunyai reka bentuk moden.

Pelbagai aktiviti boleh dinikmati termasuk sewaan basikal, ATV, Mini Zoo Rusa, kolam ikan, set BBQ, hiking, dan https://www.high-endrolex.com/17jogging. Makanan boleh dibeli di kafe sebelum jam 8 malam.

Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi 017-495 8465 atau +60 12-458 0853 melalui WhatsApp.

Lokasi : LOT 1014, Kampung Paya Semambu Relau, 34950 Bandar Bahru, Kedah, Malaysia.

(Kredit: Mai Bercuti Ke Utara)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *