
Ini bukan kolam air panas biasa. Tempat ni lagi lewat malam, lagi ramai orang! Terletak di Baling, kolam air panas semula jadi ini dipercayai mempunyai khasiat belerang untuk kesihatan kulit dan lenguh badan. Suasana mandi air panas dalam kesejukan kabus malam memang pengalaman yang padu!

Apa Yang Best? :
- Buka 24 Jam: Datang pukul 2 pagi pun boleh mandi!
- 5 Jenis Kolam: Ada kolam untuk kanak-kanak (suam) hingga ke kolam panas level rebus telur (untuk rendam kaki sahaja).
- Chalet & Camping: Boleh sewa tapak khemah kalau nak feeling tidur tepi kolam.

Lokasi: Kampung Keda Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah (https://maps.app.goo.gl/eQUQ5vr9N4i2garE9).
Waktu Operasi: Buka 24 Jam Setiap Hari.

