Pengangkutan udara : Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

Kerana Langkawi terletak di sebuah pulau, pelancong dan penduduk tempatan bergantung kepada perkhidmatan bot dan feri untuk melakukan perjalanan ulang-alik ke daratan. Walau bagaimanapun, seiring dengan kemajuan pesat di Langkawi, sekarang terdapat sebuah lapangan terbang moden dan sepenuhnya bertaraf antarabangsa yang telah dibangun di sebelah pantai barat Kuala Muda iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Lapangan terbang yang terletak di Pulau Langkawi di negeri Kedah, Malaysia atau lebih spesifik di Padang Mat Sirat iaitu di bahagian barat daya Pulau Langkawi ini merupakan antara pengangkutan yang digunakan oleh kebanyakan penduduk dan pelancong selain feri.

Pembinaan lapangan terbang moden tersebut dimulakan pada tahun 1991 dan berjaya disempurnakan pada Disember 1993. Sebelumnya, Lapangan terbang ini berkhidmat sebagai lapangan terbang tentera Jepun pada tahun 1945 dan kemudiannya digunakan oleh tentera British. Kini, Kedah dapat membanggakan kedua-dua Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Secara purata, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi(LGK) mempunyai 31 penerbangan berlepas setiap hari. Laluan penerbangan popular dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi(LGK) termasuk Langkawi⇒Kuala Lumpur, Langkawi⇒Pulau Pinang, Langkawi⇒Kuala Lumpur, Langkawi⇒Johor Bahru, Langkawi⇒Ipoh, Langkawi⇒Kota Bharu, Langkawi⇒Kuching, Langkawi⇒Kota Kinabalu, Langkawi⇒Kuala Terengganu dan Langkawi⇒Kuantan. Ini adalah laluan penerbangan domestik yang paling popular.

Laluan penerbangan popular dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi(LGK) termasuk Langkawi⇒Singapura, Langkawi⇒Bali, Langkawi⇒Bangkok, Langkawi⇒Phuket, Langkawi⇒Hong Kong, Langkawi⇒Jakarta, Langkawi⇒Saigon, Langkawi⇒Bangkok, Langkawi⇒London dan Langkawi⇒Perth. Ini adalah laluan penerbangan antarabangsa yang paling popular.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *