Dalam pelayaran di Kilim Geoforest Park ini, anda akan menyaksikan spesies pokok bakau yang dikatakan berusia ratusan ribu tahun dan struktur batuan kapur yang telah berusia jutaan tahun.
Menurut ahli geologi, kawasan ini wujud sebelum zaman dinosaur. Jadi, ini adalah kawasan yang sangat purba dan seperti Jurassic Park mini.
Disebabkan ciri-ciri tersebut, kawasan batuan ini disenaraikan dalam kawasan perlindungan Geopark UNESCO. Malah, ia merupakan tapak Geopark UNESCO pertama dalam Asia Tenggara.
Di Kilim Geoforest Park, anda akan dapat melihat burung helang, menjelajah gua-gua dan melihat fosil di dinding gua, melawat kawasan penternakan ikan dalam sangkar (dan melihat ikan sumpit). Seterusnya melawat kawasan laut Andaman yang hampir sempadan dengan Thailand.
Untuk memasuki ke dalam gua ini perlu pada waktu yang betul-betul sesuai. Sekiranya anda datang ketika air pasang dan air surut, anda tidak boleh melalui dalam gua ni. Air pasang akan menyebabkan ruang dalam gua tersebut terlalu sempit kerana air memenuhi ruang manakala air surut akan menyebabkan air terlalu cetek untuk sebuah bot melaluinya.
Pelancongan Mangrove Tour Langkawi di Kilim Geoforest Park ini memang berbeza daripada pakej island hopping yang lebih murah dan yang memberi tumpuan kepada Tasik Dayang Bunting. Ini sesuai untuk mereka yang ingin menyaksikan keaslian alam Langkawi.
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak – Kanak (RM) | |
---|---|---|---|
Tiket | 120 | 80 |
Address: Kilim River Tourism Jetty, Mukim Kampung Kilim, 07000 Langkawi, Kedah