HUTAN LIPUR LATA LEMBU / LATA EMBUN, SIK, KEDAH

Hutan Lipur Lata Lembu terletak berdekatan dengan Hutan Lipur Lata Mengkuang. Nama “Lata Lembu” diberikan kepada hutan lipur ini berdasarkan kepada batu-batan yang terdapat di bawah air terjun, membentuk siluet seperti lembu. Kawasan hutan jeram ini termasuk dalam kategori Hutan Dipterokarpa Bukit yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Tumbuhan utama di sini termasuk Meranti Melantai, Meranti Langgong, dan Meranti Tembaga.

Beberapa elemen semula jadi yang menarik di Hutan Lipur Lata Lembu termasuk rangkaian air terjun semula jadi setinggi 30 meter dan jeram yang bermula dari Bukit Semerliang, mengalir melalui Sungai Lata Lembu dan Sungai Semerliang.

Aktiviti riadah utama di hutan lipur ini termasuk perkhemahan, pengamatan fauna, dan menikmati kecantikan alam semula jadi. Pengunjung juga dapat bersiar-siar, mendaki gunung, dan melihat hidupan liar di kawasan ini. Terdapat sebuah denai hutan sepanjang 5 kilometer yang menghubungkan Hutan Lipur Lata Lembu dengan Hutan Lipur Lata Mengkuang.

Pelbagai kemudahan disediakan bagi pengunjung, termasuk tempat mandi, tempat berkelah, tapak perkhemahan, dan laluan denai hutan. Hutan lipur ini terletak kira-kira 16 kilometer dari Pekan Sik dan 95 kilometer dari Alor Setar.

Kawasan hutan lipur ini juga sangat sesuai untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Tumbuhan utama yang boleh ditemui termasuk meranti melantai, meranti langgong (Shorea lepidota), dan meranti tembaga.

Alamat : Lata Lembu, 09100 Sik, Kedah

Ketinggian : 400 – 500 meter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *