Caffe Diem, Pekan Cina

About Caffe Diem

Diasaskan oleh Jackie Loo dan Rick Cheng pada 2014, Caffe Diem menjadi destinasi perintis kopi istimewa di Pekan Cina, Alor Setar. Pada 2019, jenama itu berkembang, membuka Diem Bakery, bertentangan dengan Bangunan Caffe Diem warisan yang memenangi anugerah. Caffe Diem terkenal dengan kopi istimewanya dan kek biji popi lemon dan banyak lagi.

Seni bina

Reka bentuk dalaman Caffe Diem adalah gabungan elemen-elemen moden dan tradisional. Kafe ini mengekalkan ciri-ciri asal bangunan seperti struktur kayu dan bata, sambil menambah elemen-elemen kontemporari untuk memberikan keselesaan kepada pelanggan.

Cawangan

CAFFE DIEM mempunyai 3 cawangan , 2 di Alor Setar dan 1 di Jejawi.

Menu – menu unik

Kopi dan Minuman

Caffe Diem menawarkan pelbagai jenis kopi yang berkualiti tinggi, yang dihasilkan daripada biji kopi yang dipilih dengan teliti. Menu minuman mereka juga termasuk teh, jus segar, dan pelbagai minuman lain yang sesuai dengan citarasa pelanggan.

Hidangan dan Pencuci Mulut

Selain kopi, Caffe Diem menawarkan pelbagai hidangan ringan dan pencuci mulut yang lazat. Menu mereka merangkumi kek, pastri, sandwich, dan hidangan tempatan yang diolah dengan sentuhan moden.

Terdapat juga pelbagai menu unik di caffe ini antaranya :

Jari-jari ikan “Encik Hu Chew Chai”

Sea salt-chocolate croissant sandwich

Nasi Lemak Cream Cheese Bun 

Cinema Croissant Sandwich

Mi Goreng Orang Putih

Lemon poppy-seed tart

Lokasi & Waktu Operasi

Caffé Diem
44-53, Jalan Penjara Lama, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah
Tel: +604-730 8895
Opening hours : 12 noon to 12 midnight daily

Diem Bakery
39, Jalan Tunku Yaakub, Pekan Cina, 05000 Alor Setar, Kedah
Tel: +604-731 9199
Opening hours : 9am to 7pm daily

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *