Pendang Lake Resort, Panoramic View

Latar Belakang

Bermula pada 1 Januari 2006, Pendang Lake Resort telah memulakan operasi sepenuhnya di bawah pengurusan Usima Sdn Bhd yang merupakan syarikat milik penuh bumiputera. Selain Pendang Lake Resort, Usima Sdn Bhd juga memiliki sebuah lagi rumah penginapan yang terletak di Hutan Rekreasi Ayer Keroh.

Pendang Lake Resort dahulunya merupakan kawasan paya dan sawah padi yang terletak di dalam daerah Mukim Air Putih. Selain itu, ia juga merupakan salah satu-satunya sebuah pusat latihan dan rekreasi di daerah Pendang.

Pendang Lake Resort ini dikelilingi oleh kawasan sawah padi yang menghijau dan turut dikenali sebagai “ Kolam Mada” oleh penduduk setempat yang kemudiannya ditukarkan kepada nama Rumah Rehat Pendang.

Pendang Lake Resort mempunyai keluasan sebanyak 30 hektar. 12 hektar daripadanya adalah keluasan untuk kolam takungan air (tasik).Keluasan panjang tasik adalah 300 meter dan lebar 205 meter. Purata kedalaman tasik adalah 5 meter.

Kemudahan Yang Disediakan

Dewan

Selain daripada tempat penginapan, pendang lake resort juga menyediakan kemudahan seperti dewan, dorm dan bilik mesyuarat bagi aktiviti yang disediakan dari pihak tuan/puan sendiri.Terdapat bermacam jenis dewan yang disediakan :

1. Dewan Diamond

Kapasiti Dewan 400 orang   

2. Dewan Sapphire

Kapasiti Dewan 200 orang

3. Dewan Pearl

Kapasiti Dewan 100 orang

4. Dewan Topaz

Kapasiti Dewan 300 orang

5. Dewan Amber

Kapasiti Dewan 500 orang

Dorm

Pendang Lake Resort juga menyediakan kemudahan domitari untuk penghuni berkapasiti ramai. 

Antara kemudahan yang disediakan :
  • Katil bertingkat
  • Katil dilengkapi bantal, cadar dan selimut
  • Kipas siling & penghawa dingin
  • Bilik mandi, Tandas, Ruang membasuh
  • Boleh memuatkan sehingga 300 orang
  • Bilik : 40 orang
  • Blok : 80 orang

Penginapan

Terdapat 6 jenis bilik yang disediakan kepada pelancong oleh pendang lake resort.

1. Deluxe

2. Superior Lake

3. Standard

4. Superior Garden

5. Junior Suites

6. Suite Deluxe

Aktiviti – Aktiviti

  • Kursus/Seminar
  • Mesyuarat/Taklimat
  • Sukan Air
  • Kembara
  • Perkhemahan
  • Family Day
  • Majlis Keramaian/Perkahwinan
  • Karaoke
  • Competition/Event
  • Memancing
  • BBQ

Galeri Aktiviti

Pengalaman percutian yang mendamaikan.

Free Wi-Fi
Free parking
Air-conditioned
Kid-friendly

Lokasi & Waktu Operasi

Lokasi : Lake Resort, 06700 Pendang, Kedah

Waktu operasi : Setiap hari 8.00 pagi – 11.00 malam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *