Taman Tema Air Fantasia Aquapark di Jitra

Taman Tema Air merupakan destinasi yang benar-benar menarik untuk membawa keluarga bercuti, terutamanya semasa musim cuti sekolah. Di Kedah, terdapat sebuah taman tema air baharu yang dikenali sebagai Fantasia Aquapark di Jitra.

Kedudukan taman tema ini cukup strategik kerana walaupun ia terletak di daerah Kubang Pasu, namun hanya kira-kira 30 minit dari Bandaraya Alor Setar, iaitu ibu negeri dan pusat ekonomi Kedah.

Penduduk dari kawasan utara boleh membawa anak-anak mereka ke sini untuk mandi. Pastinya, kanak-kanak akan sangat gembira mandi sambil bermain dalam kolam. Pelbagai tarikan menanti anda di sini, dan ia bukan sekadar untuk mandi semata-mata.

Harga Tiket
Bagi makluman semua, bermula 1 Disember 2022, harga tiket masuk ke Fantasia Funtastik Aquapark adalah RM20 (tidak termasuk cukai kerajaan) atau RM21.50 (termasuk cukai) untuk dewasa dan kanak-kanak. Manakala, bayaran masuk adalah PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah.

Setelah termasuk cukai, harga tiket adalah RM21.50 untuk dewasa dan kanak-kanak.

Waktu Operasi
Fantasia Funtastik Aquapark beroperasi setiap hari kecuali hari Selasa, dengan waktu operasi bermula dari jam 10 pagi hingga 7 petang.

Lokasi
Fantasia Aquapark, 1, Jalan Golf, & Country Club, 06000 Jitra, Kedah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *